Thursday 13 March 2014

Hargai Kesihatan Kita

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca blog saya ini.

Hari ini, 13.03.2014, saya telah pergi ke Klinik Pakar Pergigian di Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu. Membawa anak ketiga saya untuk perjumpaan kali kedua dengan 2 orang doktor gigi bagi membincangkan permasalahan dan mencari penyelesaian untuk masalah pertumbuhan giginya.

Dalam menunggu gilirannya sampai, saya membuka sebuah buku terbitan Utusan Karya yang dibeli melalui abang ipar saya. Tajuknya "Rahsia Survivor Kanser". Buku ini merupakan kompilasi dari majalah "iSihat" dan "Mingguan Malaysia". Buka sahaja kulit muka depan, 'Vivix Shaklee' menghiasi lembaran 1. Hmm... Hebatnya!

Buku ini banyak menceritakan tentang pesakit-pesakit kanser yang sembuh dengan pelbagai jenis kaedah perubatan, pengambilan suplemen, perubahan gaya hidup dari tidak sihat kepada sihat dan termasuk perubahan dari segi pemakanan sehari-hari.

Makanan merupakan faktor utama yang menyumbang kepada serangan penyakit kronik yang kini semakin menghantui masyarakat. Masyarakat kita berada pada tahap 'terlalu banyak' pilihan dan terlebih makan, sesuai dengan jolokan Syurga Makanan. Bertambah teruk bila tiba musim perayaan. Itulah yang dikatakan oleh Dr. Zaiton Ahmad.

Makan, memang kita boleh makan tapi rasanya makanlah dengan cara yang sihat dengan kawalan kuantiti yang dimakan. Kalau ini tidak dikawal, kesannya pastilah kepada masalah berat badan iaitu obesiti yang mana akan berisiko menghidap pelbagai jenis penyakit kronik.

Tidak ramai orang sebenarnya yang betul-betul menghargai kesihatan dan mempraktikkannya. Orang hanya akan  menghargai betapa bernilai dan berharganya kesihatan apabila mereka telah diserang penyakit kronik dan terpaksa mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk mengubat penyakit yang dihidapi. Sewaktu sihat, mereka enggan berbelanja untuk kesihatan.

Selain mewah dengan makanan, masyarakat kita juga kurang bersenam. Tekanan hidup juga menyumbang kepada kelemahan sistem imun. Menurut kata Dr. Zaiton, badan yang sihat berpunca daripada sistem imun yang sihat. Namun untuk mengekalkan sistem imun yang sihat pada zaman sekarang adalah sangat mencabar.

Memang mustahil sebenarnya untuk mengekalkan kehidupan yang sihat. Namun, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Tepuk dada tanya selera. Apa yang anda pilih? Sihat atau tidak sihat? Sekarang atau kemudian?

Sekiranya, anda berminat untuk meningkatkan kesihatan anda bermula dari sekarang... Jangan segan untuk menghubungi saya di nombor 014-6502907. Saya dengan berbesar hati ingin membantu anda ke arah kesihatan yang lebih baik. Bersama-sama kita jalani hidup yang sihat dalam dunia penuh cabaran.

No comments:

Post a Comment