B-Complex Shaklee mengandungi kesemua jenis Vitamin B iaitu B1, B2, B3, B6, B12, d-Biotin, d-Calcium Pantothenate dan Asid Folik.
Perbezaan Shaklee:
Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semula jadi yang PERTAMA di dunia dengan kadar keboleh serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana, asid folik yang semula jadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh, dan hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran adalah bersifat sintetik.
Jom kita ketahui fungsi setiap satu vitamin B dan sumber makanan manakah kita boleh perolehinya.
1) Vitamin B1 (Thiamin)
Fungsi - Menukarkan makanan kepada tenaga, memperkasakan memori, kecerdasan mental, membina
dan merangsang peredaran darah, membantu tumbesaran, membantu menangani masalah
keresahan, mabuk laut/darat, mengurangkan petanda herpeszoster.
Sumber Makanan - Kita boleh mendapatkan Vitamin B1 melalui produk bijirin yang diperkaya seperti
roti, nasi, pasta, tortillas, bijirin sarapan, daging dan hati.
2) Vitamin B2 (Riboflavin)
Fungsi - Tukarkan makanan kepada tenaga, baik untuk anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah
dan mulut juga kekejangan.
Sumber Makanan - Vitamin B2 boleh diperolehi melalui susu dan produk tenusu yang lain, roti diperkaya,
bijirin dan produk bijirin lain, telur, daging, sayur-sayuran berdaun hijau, kacang, hati.
3) Vitamin B3 (Niacin)
Fungsi - Tukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormon, merangsang peredaran darah, merawat
kepeningan, lower blood ripid, cirit-birit, migrain, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan
usus.
Sumber Makanan - Beberapa Niacin boleh dihasilkan oleh tubuh. Makanan tinggi protein, seperti ikan, daging lembu, mentega kacang dan kekacang, juga sumber yang baik.
4) Vitamin B6 (Pyridoxine)
Fungsi - Metabolisma protin, memperbaiki otot, senggugut, sebagai penenang, mengelakkan muntah
muntah, bibir kering, glossitis, dermatitis, kekejangan, kebas, anemia.
Sumber Makanan - Ayam, ikan, hati, kekacang.
5) Vitamin B9 (Folic Acid)
Fungsi - Penting untuk kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah,
kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulser mulut
dan juga baik untuk kesihatan kulit.
Sumber Makanan - Sayuran berdaun, jus jeruk dan beberapa jenis buah-buahan, kekacang, ragi roti,
gandum dan makanan bijirin yang diperkaya.
6) Vitamin B12 (Cyanocobalamin)
Fungsi - Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, membantu meningkatkan selera makan, tindak
balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus, keupayaan seksual dan
mengelakkan anemia, keletihan, keresahan, diabetis, rabun.
Sumber Makanan - Tiram, kerang, ikan Salmon, daging sapi, daging rusa, telur, keju, susu, yogurt,
udang, tempe.
7) Vitamin B7(Biotin)
Fungsi - Membantu B-Complex berfungsi lebih efektif, mencegah rabun, rambut beruban dan gugur,
diabetis, sakit otot, ekzema dan keradangan kulit.
Sumber Makanan - Kuning telur, hati dan sayuran hijau.
8) Vitamin B5(Panthothenic Acid)
Fungsi - Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, atritis, meredakan
kesan sampingan akibat antibiotik, mencegah jangkitan, percepat sembuhan luka.
Sumber Makanan - Daging, brokoli, avokado, Royal Jelly, gandum.
No comments:
Post a Comment