Friday 20 September 2013

Terima kasih Shaklee

31hb Ogos 2013, jatuh pada hari Sabtu merupakan hari yang tidak mungkin aku dan suamiku lupakan. Jemputan rumah terbuka Aidilfitri yang dibuat oleh kakak iparku dengan undangan seorang penasihat pemakanan terhadap produk vitamin dan supplemen yang disahkan halal serta telah bertahan selama 100 tahun. Segalanya bermula disitu.

Mulanya, kami duduk agak jauh dari kalangan kakak iparku, suaminya, penasihat pemakanan yang mereka sapa sebagai Mr. Gopal juga beberapa orang yang sedang mendengar cerita dan celotehnya. Setelah orang lain beransur pulang, barulah kami merapati untuk sekadar bertanya tentang penyakit yang telah aku alami selama 7 tahun tanpa sebarang ubat mahupun penawar. Penyakit itu tidaklah seteruk mana tapi kehadirannya di leher ku memang mengganggu. Dari tahun 2006, doktor mengesahkan aku menghidap tiroid. Setelah diberi ubat dan ubat tersebut tidak sesuai dengan aku, aku dihantar ke Queen Elizabeth Hospital (yang di atas bukit) untuk ujian T3 dan T4. Keputusannya normal. Tiroid tidak membesar dengan cepat seperti pesakit lain. Dari dulu sehingga 31hb Ogos 2013, saiznya kekal 6cm. Tiada tarikh temujanji seterusnya dan di situlah segalanya berhenti.

Pada 31.08.2013, saya bertanya kepada Mr. Gopal itu tentang penyakit yang aku alami. Dengan pantas dia menjawab, "You kena makan Vita-E with Selenium and Grape Extract." Aku dan suami tercengang. Semua yang berada di sana turut ketawa. Diberi penerangan satu persatu tentang produk yang perlu ku ambil dan yang paling penting sekali katanya produk yang dimakan bukannya ubat. Ia adalah vitamin, supplemen, makanan tambahan yang diperlukan oleh badan, yang mana mungkin pengambilannya dalam seharian oleh kita sendiri adalah kurang atau pun tiada sama sekali.

Pelaburannya mungkin mahal sedikit tapi demi kesihatan yang tidak ternilai, kami memutuskan untuk membelinya dan terus menjadi ahli. Tak kenal maka tak cinta. Kalau tidak dicuba, manakan tahu keberkesanannya. Kita tidak berhak menilai tanpa mencuba terlebih dahulu. Supplemen yang ku ambil ialah Alfalfa Complex, Lecithin, Omega Guard, Vita-E, GLA Complex dan Ostematrix.









Alhamdulillah, pengambilan yang konsisten dan berdisiplin telah menampakkan hasil seawal 3 hari. Bengkak tiroid mengecut sedikit. Pada usia seminggu pemakanan, garis tengah di leher mula kelihatan. Kini, garis leher yang di bawah sekali juga sudah kelihatan. Syukur alhamdulillah. Kita berusaha sahaja dan Allah S.W.T. tentukan semua.

Terima kasih kepada kakak iparku, suaminya, Mr. Gopal dan suami tersayang. Juga terima kasih kepada Shaklee kerana membuat hidupku lebih bermakna.

Tidak sia-sia menjadi ahli dan mencuba produk ini yang dikenali dengan jenama Shaklee. Mahu tahu lebih lanjut. Sila hubungi saya di talian 014-6502907. ID Shaklee saya: 992143.

No comments:

Post a Comment