Sunday 10 November 2013

Penyakit Tibi

Apakah itu penyakit tibi?
Tibi merupakan sejenis penyakit berbahaya yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan yang sempurna. Penyakit ini disebabkan oleh kuman tibi (tubercle bacilli) yang biasanya menjangkiti paru-paru. Ia juga boleh menyerang bahagian-bahagian lain badan seperti otak, tulang, kelenjar, kulit & buah pinggang.

Cara jangkitan
Kuman tibi disebarkan melalui udara. Pesakit Tibi akan mengeluarkan kuman tibi ke udara apabila batuk dan bersin. Setiap individu yang menyedut udara tercemar ini terdedah kepada jangkitan kuman Tibi.

Tanda & Gejala Penyakit Tibi
* batuk berterusan lebih Dari 2 minggu.
* kahak yang mengandungi darah.
* demam & berpeluh lazimnya pads sebelah petang & malam.
* susut berat badan & hilang selera makan.
* sakit dada apabila batuk @ semasa menarik nafas panjang.
* mudah letih.

Cara Mengesan Penyakit Tibi
Sekiranya anda mempunyai tanda Dan gejala penyakit Tibi, anda akan diminta:
* melakukan pemeriksaan kahak dan/atau;
* menjalani pemeriksaan x- ray do klinik kesihatan atau hospital.

Rawatan Tibi DOTS
DOTS (Directly Observed Treatment-Shortcourse) @ Pengawasan Rawatan Jangka Pendek Secara Terus merupakan strategi yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) until merawat penyakit Tibi.

Prinsip- prinsio DOTS adalah:
* pesakit perlu mengambil ubat selama 6 bulan.
* 2 bulan pertama pesakit diminta menelan setiap dos ubat setiap hari dengan disaksikan oleh anggota kesihatan yang terlatih.
* pads peringkat sambungan selama 4 bulan pesakit perlu mengambil ubat 2 kali seminggu di bawah penyeliaan seseorang yang dilantik.

Pencegahan
* dapatkan suntikan BCG bagi bayi yang baru lahir, murid sekolah darjah 1 sekiranya tiada parut di lengan.
* dapatkan pemeriksaan segera sekiranya anda mengalami batuk berterusan lebih dari 2 minggu.
* ahli keluarga atau individu yang rapat dengan pesakit Tibi hendaklah tampil membuat pemeriksaan.

Nasihat Am
* banyakkan cahaya matahari masuk ke dalam rumah kerana cahaya matahari boleh membunuh kuman Tibi.
* pastikan rumah anda mendapat pengudaraan yang sempurna dengan membuka pintu Dan tingkap.
* amalkan cara hidup sihat dan makan makanan yang seimbang.

Pengambilan suplemen Shaklee juga membantu. Antara suplemen yang boleh diambil adalah seperti:
* Vivix
* Nutriferon
* Vita C 500mg SR
* Garlic
* Carotomax
* Omega Guard
* Vita E 400IU
* Zinc Complex
* DTX
* ESP
Produk-produk di atas bukanlah set. Hubungi saya untuk ketahui set anda mengikut bajet anda.
sms/wechat/call 0146502907 (Fadzillah)

No comments:

Post a Comment