Thursday 20 February 2014

BOM Shaklee

19 Februari 2014 - Borneo Paradise Resort @ 7.30pm - 9.00pm


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Saya nak kongsi pengalaman sikit ketika kami berenam (saya, suami saya, abang dan kakak ipar saya, adik dan kawan   saya) pergi ke BOM Shaklee yang diadakan di Borneo Paradise Resort, Kinarut, Papar.

Sebelum itu, ada sesiapa tahu apa itu BOM? Haaah... ini bukan sejenis bahan letupan. Jangan risau, Shaklee tak pernah mencipta sesuatu yang memudaratkan untuk masyarakat sejagat. Shaklee kan Always Safe, Always Work and Always Green. 

BOM tu adalah singkatan kepada 'Business Opportunity Meeting'.
Dalam sesi ini, kita diajarkan sedikit demi sedikit bagaimana untuk berniaga dalam Shaklee. Semuanya bukanlah dalam suasana yang sangat rasmi dan penuh ketegangan. Sesi ini diadakan dengan suasana yang santai. Kita ketawa, kagum dan adakalanya menitiskan air mata mendengar 'sharing' daripada mereka yang sudah berjaya dalam Shaklee. Untuk berjaya, bukanlah mudah...kan! Di mana-mana, apa pun perniagaan yang dilakukan pasti bukan mudah untuk mencapainya.




Malam itu, kami diberi kesempatan untuk melihat demo bagi Vita-Lea. Bukan sahaja direndam, malah sebelum itu, diketuk dan dicelup kemudian digosok. Wah!!! Hebat penangan Vita-Lea... Ketuk, memang keras. Sebab itu ada orang takut nak makan Vita-Lea, takut nanti jadi batu sebab keras sangat. Hahaha.... lucu... Sedang direndam dalam air, tak sampai 5 minit dah habis terlepas bebas segala nutrisi yang terkandung di dalamnya.

"Sharing" pada sesi semalam adalah dari seorang ibu muda, yang ada butik sendiri dan juga membuat Shaklee dalam pada masa yang sama. Pendapatannya dalam Shaklee sahaja sudah mencecah 5 angka. Wow!! Berpangkat 'Senior Coordinator'.

Juga ada 'sharing'dari Master Zarina Zakaria. Kami berenam memang tidak pernah mengetahui mengenai beliau apatah lagi untuk bersua muka. Saya dan husband terutamanya yang sangat kagum dan bangga apabila beliau menceritakan yang beliau punya 11 orang anak. Sudah berumur 51 tahun. Walhal, kami menyangka usianya baru menginjak 40 tahun dan mungkin punya anak 2 @ 3 orang sahaja.



Sharing yang beliau berikan terutamanya dari testimoni beliau dan keluarga beliau sendiri yang merasakan kehebatan Shaklee amatlah berguna sekali. Bagaimana beliau menangani persepsi negatif dari pelbagai gelagat manusia, memberi sedikit manfaat kepada kami bagaimana untuk berhadapan dengan mereka ini.

Ok... kita jumpa lagi di BOM Shaklee yang akan datang atau pun H&W Talk juga di puncak kejayaan Shaklee....

Wasalam.










No comments:

Post a Comment