Wednesday 2 October 2013

Kenali Tiroid

Tiroid bukan sekadar bengkak pada leher mahupun penghidapnya akan mempunyai tubuh yang kurus. Bukan semua pesakit tiroid menonjolkan ciri bengkak di leher. Paling ketara sekali ialah pesakit tiroid selalunya akan mengalami masalah menggeletar, kuat makan, panas, cepat berpeluh dan mudah marah.

Tiroid ialah kelenjar endokrin dan ia mengeluarkan hormon tiroksin @ T4 dan triodotiromin @ T3. Ia terletak di pangkal leher dan di depan saluran pernafasan dan saluran makan. Hormon tiroid berfungsi mengawal kadar metabolisma badan.

Terdapat pelbagai jenis tiroid. Hipertiroid dan hipotiroid adalah jenia tiroid yang sering dialami terutamanya oleh wanita berusia 20 tahun ke atas.

Tiroid nodul dan hipotiroid kengenital juga termasuk dalam jenis penyakit tiroid selain postpartum tiroiditis @ menghidap penyakit tiroid selepas melahirkan anak.


HIPERTIROID  
Kadar hormon tiroid yang berlebihan dan terlalu aktif dikenali sebagai hipertiroid. Selalunya berpunca daripada penyakit auto imun. Badan manusia menghasilkan antibodi yang mampu merangsang kelenjar tiroid. Hipertiroid berlaku apabila kelenjar tiroid berfungsi terlalu aktif dan menghasilkan hormon tiroksin yang terlalu banyak.

Badan pesakit yang mengalami hipertiroid akan mengeluarkan antibodi yang kemudiannya akan merangsang kelenjar tiroid untuk menjadi aktif.

Simptom-simptom Hipertiroid
- selera makan semakin bertambah
- berat badan mula menurun
- kerap membuang air besar
- mudah marah
- menggeletar jari tangan
- berdebar-debar
- terasa panas
- sering berpeluh
- mata terjojol
- penglihatan terjejas kerana saraf mata tertekan
- kelainan pada jari tangan dan kulit pada depan betis
- lumpuh kaki terutama dikalangan lelaki

Rawatan untuk Hipertiroid
Melalui pengambilan ubat-ubatan. Terdapat juga pesakit yang diberikan radioaktif iodin bagi kes multi nodular goiter dan adenoma toksik. Jarang yang perlu menjalani pembedahan. Sekiranya tiroid menimbulkan masalah kepada saluran makan dan pernafasan dan atas permintaa pesakit bagi tujuan kosmetik.


HIPOTIROID
Hipotiroid disebabkan penyakit auto imun dan selepas seseorang menjalani sesutu pembedahan pembuangan tiroid atau mengambil radioaktif iodin. Hipotiroid berlaku apabila kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik dan hormon tiroid tidak dapat dihasilkan secukupnya.

Simptom-simptom Hipotiroid
- pesakit akan menjadi gemuk
- badan sering terasa sejuk
- malas
- kuat tidur
- lembap
- ingatan terganggu
- kaki membengkak
* Boleh merosakkan jantung jika tidak mendapat rawatan segera

Rawatan Hipotiroid
Pesakit yang mengalami hipotiroid senang dirawat tetapi terpaksa mengambil tiroksin seumur hidup.


Saya juga sebenarnya adalah pesakit tiroid, Hipotiroid. Selama 7 tahun, belum pernah ada ubat yang mampu mengecilkan bengkak tiroid pada leher saya. Alhamdulillah, setelah dipertemukan dengan suplemen Shaklee, ianya mengubah segala. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila sms/call di nombor 014-6502907. Konsultasi akan diberikan secara percuma.  

* informasi tiroid daripada biovco. 

No comments:

Post a Comment